Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Motosikal Harley Davidson nanti penyokong Kelantan


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





KOTA BHARU, 24 Okt -- Sebuah motosikal Harley Davidson bernilai RM50,000 bakal menjadi milik penyokong bertuah yang menyaksikan perlawanan pasukan The Red Warriors (TRW) di Stadium Sultan Muhammad  IV di sini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Penajaan KAFA, Ahmad Muzakir Hamid berkata, inisiatif mengadakan cabutan bertuah dengan rakan penaja baharu KAFA, Rasniaga Motosport itu, bagi menarik kehadiran penyokong TRW.

"Usaha ini antara salah satu cara pihak kami menarik penyokong ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan TRW musim depan.

"Namun, kriteria yang melayakkan penyokong mengambil bahagian belum dimuktamadkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Muzakir berkata, pihaknya masih mencari penaja lain untuk membantu KAFA melakukan persiapan bagi memulakan aksi Liga-M.

"Jika ada mana-mana pihak yang ingin menaja TRW, kami alu-alukan dan boleh menghubungi saya atau rakan-rakan kepimpinan KAFA yang lain.

Kehadiran penyokong ke kubu pasukan Kelantan itu pada musim ini tidak memuaskan susulan prestasi TRW yang tidak konsisten sehingga menyaksikan pasukan itu berada di tangga ke-10 Liga Premier.

Musim 2020, persatuan terbabit dan pasukan Kelantan akan diurus pengurusan baharu yang dipimpin ahli politik Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah selepas presiden sebelum ini Bibi Ramjani Ilias Khan meletak jawatan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel