Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sekolah baharu berdekatan penempatan Orang Asli bakal dibuka


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





GUA MUSANG, 24 Okt  -- Sebuah sekolah menengah pertama berdekatan perkampungan Orang Asli di Lojing di sini bernilai RM50 juta dijangka dibuka pada sesi persekolahan awal Januari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, bangunan sekolah baharu itu di Kampung Panggung Lalat mula dibina Oktober 2016 dan siap mengikut tempoh ditetapkan bulan ini sebelum diserah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bangunan sekolah itu yang diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya itu adalah yang termoden dan tercanggih  di negeri ini mempunyai 24 bilik darjah yang boleh menampung 700 pelajar.

Selain itu, kata beliau, bangunan asrama juga turut sediakan yang boleh menampung seramai 400 pelajar di samping kuarters guru serta surau. 

"Kita harap tidak ada halangan sekolah menengah baharu terutamanya untuk kemudahan pelajar anak Orang Asli itu dibuka pada sesi persekolahan awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir SMK Panggung Jaya, di Kampung Panggong Lalat di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan ketua kampung termasuk penghulu Orang Asli dan menjelaskan khabar angin sekolah baharu itu yang bakal dibuka Januari depan terpaksa ditangguhkan atas sebab tertentu. 

Mohd Syahbuddin berkata, tidak ada sebab sekolah baharu itu ditangguhkan pembukaan pada sesi pertama sekolah dibuka nanti kerana ia sudah dibina mengikut jadual ditetapkan hanya terdapat sedikit kerja-kerja kecil perlu disiapkan segera. 

Katanya, sekolah menengah baharu dibina untuk mengatasi masalah ibu bapa Orang Asli menghantar anak mereka ke sekolah menengah tempat lain sekitar bandar ini yang berjauhan dari kampung mereka.

"Antara sekolah menengah yang menjadi tumpuan anak kaum itu sebelum ini termasuk SMK Tengku Indra Petra 1 dan 2, SMK Bandar Chiku, SMK Chiku 2, SMK Seri Wangi, SMK Paloh, SMK Tengku Bendahara Jerek dan SMK Sungai Asap,” katanya. 

Antara perkampungan Orang Asli yang terletak berhampiran SMK Panggung Lalat ialah Pos Hendrop dan Pos Brooke.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel