Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PBT Kelantan beri penerangan peraturan had operasi kedai makan


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





KOTA BHARU, 23 Okt -- Kerajaan Kelantan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memberi penerangan berhubung rasionalisasi mengehadkan waktu perniagaan warung dan restoran sehingga jam 12 tengah malam sebelum ia dilaksanakan tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia bagi memastikan rakyat dan peniaga negeri ini memahami tujuan sebenar ia dilaksanakan.

"Perkara ini sebenarnya telah termaktub sejak dahulu lagi iaitu waktu berniaga hanyalah sehingga 12 malam dan tiada sebarang aktiviti boleh dijalankan selepas itu hingga pukul enam pagi.

"Cuma setakat ini tiada sebarang penguatkuasaan dilaksanakan walaupun pada 2015 Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah mengeluarkan pekeliling berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Katanya, penerangan berhubung pelaksanaan undang-undang itu akan dilakukan oleh urusetia penerangan negeri dan PBT dalam tempoh tiga bulan sebelum ia dilaksanakan tahun hadapan.

Mohd Amar berkata peraturan itu masih di peringkat dasar dan PBT akan memperhalusi perkara itu dari segi pelaksanaan dengan mengambil kira premis yang beroperasi 24 jam termasuk 7 Eleven, KFC dan pasar borong Wakaf Che Yeh.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata pelancong yang datang ke Kelantan juga harus mengikuti peraturan itu yang katanya telah diamalkan di kebanyakan negara maju.

Beliau berkata pendekatan yang diambil itu juga  mengambil kira pandangan pihak polis yang menyatakan operasi premis makanan antara faktor berlakunya masalah sosial di negeri ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel