Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi makmal produk perabot kayu dan resin diperluas ke Sabah, Sarawak


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





KUANTAN, 23 Okt  -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) akan memperluaskan operasi makmal teknikal bagi menghasilkan produk perabot daripada campuran kayu dan resin ke Sabah dan Sarawak, Disember ini.

Ketua Pengarahnya Ibrahim Ismail berkata ia berikutan terdapat jumlah hasil hutan yang banyak di dua negeri itu.

“Sabah dan Sarawak mempunyai banyak hasil hutan yang boleh digunakan dalam pembuatan perabot menggunakan teknik ini.

Kita juga tidak mahu berlaku pembaziran sumber kerana perabot campuran kayu dan resin dihasilkan menggunakan lebihan kayu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis lawatan ke makmal teknikal bagi pengeluaran produk perabot campuran kayu dan resin di Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang Mohd Latif Dirun.

Ibrahim berkata makmal berkenaan bertujuan untuk memperkasakan kemahiran usahawan kraf kayu dalam penggunaan campuran kayu dan resin bagi menghasilkan produk mereka.

“Kita juga bercadang untuk mengembangkan hasil  kraf campuran resin kepada beberapa produk seperti hiasan rumah, aksesori dan  cenderamata pada masa terdekat sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 tahun hadapan,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel