Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nasharudin masih ahli PAS - Mohd Amar


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





KOTA BHARU, 23 Okt  -- Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah, masih lagi ahli PAS, kata Naib Presiden parti itu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata PAS mengambil pendirian tidak akan menggugurkan keahlian Nasharudin sebagai ahli parti itu selagi tiada keputusan mahkamah.

"Dalam kes Nasharudin, beliau baru dituduh dan tidak tahu lagi sama ada beliau bersalah atau tidak. PAS tetap menganggap Nasharudin belum bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah.

“Ia sama dengan kes Lim Guan Eng, (Datuk Seri)  Najib atau pemimpin UMNO lain. Namun, sekiranya Nasharudin didapati bersalah kita serahkan kepada parti sama ada memecat atau mengekalkan keahliannya," kata Mohd Amar kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Nasharudin sebelum ini didakwa terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan 30 pertuduhan pecah amanah jenayah dengan jumlah keseluruhan RM3,979,739.40.

Bagaimanapun semalam beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel