Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rampas 116 unit penapis minyak, 69 unit minyak transmisi automatik tiruan


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





DUNGUN, 23 Okt -- Sebanyak 116 unit penapis minyak dan 69 unit minyak transmisi automatik tiruan jenama Proton dirampas oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Dungun di dua premis berasingan di daerah ini, semalam.

Ketua cawangannya, Muhammad Khairuddin Ali @ Abdul Aziz, berkata, operasi yang dijalankan bersama wakil pemilik cap dagangan berdaftar telah berjaya merampas alat tiruan tersebut dianggarkan bernilai RM2,885.

Dalam pemeriksaan pertama di sebuah kedai di Jalan Utama Dungun di sini, kami merampas 55 unit alat penapis minyak dan 69 unit minyak transmisi automatik bernilai RM2,275 dan 61 penapis minyak bernilai RM610 di premis kedua di Kilometer 50, Jalan Paka, di sini, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua premis tersebut disyaki melakukan kesalahan kerana menggunakan perihal dagangan palsu bagi cap dagangan berdaftar iaitu Proton pada alat ganti kenderaan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM15,000 untuk pertubuhan atau syarikat bagi setiap satu barang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel