Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Majistret direman disyaki terima rasuah


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





KUANTAN, 23 Okt -- Seorang majistret hari ini direman lima hari, bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengenakan hukuman penjara terhadap suspek kes penyeludupan rokok.

Reman bagi Majistret berusia 38 tahun yang bertugas di sebuah mahkamah di negeri Pahang itu, dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Kuantan, di sini hari ini, bermula hari ini sehingga 27 Okt depan.

Lelaki yang mengenakan pakaian kemeja berwarna putih itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuantan pada jam 11.20 pagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan, mengesahkan penahanan reman itu.

“Kita memang ada terima maklumat (mengenai rasuah melibatkan Jabatan Kehakiman) dan ini berkemungkinan salah satu daripadanya,” katanya ringkas.

Pada 15 Okt lalu, SPRM dilaporkan menerima 20 maklumat berhubung rasuah melibatkan Jabatan Kehakiman daripada awal Januari sehingga Ogos tahun ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel