Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

YBN gesa utamakan mahasiswa B40, hentikan sistem merit untuk penempatan di kampus


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Pihak universiti dicadang mengutamakan golongan mahasiswa dari kalangan B40 untuk menetap di dalam kampus, selain segera menghentikan pendekatan merit untuk melayakkan mahasiswa mendapat penempatan di kampus.

Presiden Youth Build Nation (YBN) Haissazc Shuqkin Hisham yang membuat gesaan itu berkata pendekatan merit melalui cara menghadiri pelbagai program dan seminar amat tidak adil berikutan mahasiswa B40 terpaksa bersaing dengan mahasiswa lain untuk mendapatkan peluang penempatan di dalam kampus.

“Isu kebajikan mahasiswa di luar kampus sebenarnya sudah lama berlarutan, namun tidak pernah dibincangkan dengan lebih serius di peringkat nasional dan mahasiswa yang datang daripada keluarga B40 yang lebih terkesan berikutan kekangan kewangan yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau mencadangkan setiap universiti mempunyai satu entiti perniagaan yang boleh mengambil inisiatif untuk membeli aset-aset seperti rumah untuk disewakan pada kadar yang rendah bagi mahasiswa yang tidak mempunyai peluang untuk tinggal di dalam kampus.

"Selain itu, Kementerian Pendidikan perlu memulakan langkah untuk berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan satu penempatan khas bagi mahasiswa," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pertunjukan dron menerangi langit Langkawi

 
     

"Permaisuri Zarith Sofiah Opera House" bakal jadi pusat seni dan budaya di JB

 
     

Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal

 
     

Kerajaan Perak peruntuk RM70,000 pasang 10 mesin AED

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel