AFYi4Gq-RuY Watak animasi dan cosplay antara tarikan planet animasi Terengganu
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Watak animasi dan cosplay antara tarikan planet animasi Terengganu


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Watak animasi dan cosplay antara tarikan di Planet Animasi Terengganu 2019 yang akan berlangsung selama dua bulan mulai 1 November ini di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di Kuala Terengganu.

Program ini yang pernah diadakan di Kelantan, Johor, Perak dan Pulau Pinang dianjurkan oleh  Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dengan kerjasama Pavillion Planet Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Pavillion Planet Sdn Bhd, Shariff Yahaya memberitahu Bernama program itu adalah untuk mengetengahkan industri animasi dan kartun hasil kreatif Malaysia kepada masyarakat tempatan.

Selain menampilkan beberapa maskot animasi tempatan seperti Didi & friends, Rimba Racer & Rimba Kid, pihaknya juga akan mengadakan permainan interaktif dan pertandingan “cosplay”, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyasar 200,000 pengunjung ke karnival itu yang akan turut mengadakan   Karnival Usahawan Terengganu dan pesta makanan.

Pihaknya juga membuka peluang untuk usahawan berniaga pada pesta itu.

Beliau berkata bayaran masuk ialah RM10 seorang untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga remaja berusia 17 tahun, dan RM5 seorang untuk 18 tahun ke atas.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     

Rangkaian kebab terbesar dunia kini di Ipoh

 
     

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel