Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jadual khas kehadiran untuk Ahli Parlimen kerajaan atasi ketidak hadiran


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Satu edaran berkaitan peraturan dan jadual khas kehadiran akan diedarkan esok kepada Ahli Parlimen kerajaan supaya mereka lebih bertanggungjawab dengan menghadiri persidangan Dewan Rakyat setiap kali sesi mesyuarat berlangsung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata jadual kehadiran melibatkan kehadiran dari pukul 10 pagi sehingga 1.00 tengah hari; 12 tengah hari sehingga 5.30  petang; dan 5.30 petang sehingga 8.00 malam.

Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui pertemuan dengan setiap Ketua Whip parti kompenan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

“Saya telahpun memaklumkan kepada semua Ahli Parlimen bahawa peraturan kehadiran dan prestasi di dalam dewan kena dipertingkatkan.

“Pada masa yang sama kehadiran menteri dan timbalan menteri dalam dewan  juga perlu ditambah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini sebagai mengulas tentang isu kehadiran Anggota Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat.

Minggu lepas persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit apabila jumlah Ahli Parlimen yang hadir tidak mencukupi syarat yang ditetapkan sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat membunyikan loceng bagi memastikan korum mencukupi.

Liew turut menegas beliau sendiri akan melakukan pemantauan prestasi kehadiran Ahli Parlimen PH dan laporannya akan diserahkan kepada setiap Ketua Whip dan Perdana Menteri.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pertunjukan dron menerangi langit Langkawi

 
     

"Permaisuri Zarith Sofiah Opera House" bakal jadi pusat seni dan budaya di JB

 
     

Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal

 
     

Kerajaan Perak peruntuk RM70,000 pasang 10 mesin AED

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel