Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengurusan ladang sawit wajib patuhi piawaian MSPO - MPOCC


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) hari ini menegaskan semua pengurusan ladang sawit termasuk para pekebun wajib mematuhi dan melaksanakan piawaian skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi memastikan sifar konflik dan isu pembangunan mampan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chew Jit Seng berkata setiap pengurusan ladang sawit tidak harus meminggirkan atau mengabaikan mana-mana prinsip yang telah diberikan garis panduan di bawah MSPO.

"MPOCC juga memandang serius dengan kejadian terbaru seekor lagi gajah Pygmy Borneo ditemui mati dalam kawasan ladang sawit, di Beluran, Sabah pada 20 Oktober lalu, dengan kesan tembakan serta gading hilang sepertimana yang dilaporkan pihak polis.

"Sehubungan itu, pengurusan perlu bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi mencari kaedah terbaik mengikut piawaian MSPO yang menitikberatkan pelan pengurusan konflik antara manusia dan hidupan liar termasuk mengenal pasti kawasan mempunyai nilai biodiversiti tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata ia juga perlu mempertingkatkan inventori hidupan liar dan memahami lebih baik terhadap ekologi kehidupan komuniti hidupan liar seperti gajah Pygmy Borneo. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pertunjukan dron menerangi langit Langkawi

 
     

"Permaisuri Zarith Sofiah Opera House" bakal jadi pusat seni dan budaya di JB

 
     

Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal

 
     

Kerajaan Perak peruntuk RM70,000 pasang 10 mesin AED

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel