Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





KUALA LUMPUR, 22 Okt  -- Hujan lebat berterusan sejak pukul 6 petang hari ini menyebabkan beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat dan beberapa kenderaan dilapor terperangkap.

Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Halim di kedua-dua arah serta Lebuhraya Mahameru berhampiran susur ke parlimen.

Menurut laman twitter Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim manakala kedua-dua lorong di Terowong Duta ditutup.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkifly Yahya ketika dihubungi berkata anggota telah ditempatkan di lokasi banjir bagi mengawal lalu lintas. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pertunjukan dron menerangi langit Langkawi

 
     

"Permaisuri Zarith Sofiah Opera House" bakal jadi pusat seni dan budaya di JB

 
     

Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal

 
     

Kerajaan Perak peruntuk RM70,000 pasang 10 mesin AED

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel