Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Azmin nafi kerjasama dengan Hishammuddin bentuk kerajaan baharu


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





 KUALA LUMPUR, 22 Okt  -- Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan laporan yang mengaitkan namanya sebagai antara individu yang berusaha mewujudkan kerajaan baharu dengan kerjasama bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwa mengetuai kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menghentikan perbincangan tentang peralihan kuasa dan menumpukan sepenuh masa untuk membangunkan ekonomi dan membantu rakyat selain memberikan sokongan yang padu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus memimpin negara.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata ini bagi memberi jaminan kepada pelabur-pelabur, bahawa politik Malaysia berada dalam keadaan stabil dan ekonomi negara sedang beralih ke landasan yang betul, sekali gus akan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

"Perkara ini juga akan membolehkan lebih banyak peluang pekerjaaan untuk anak-anak kita diwujudkan dan memberikan kemakmuran kepada semua dan ini selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.

“ ...jadi mengapa perkara ini digembar-gemburkan...saya minta media baik yang selalu menjolok-jolok pemimpin untuk memberi komen, hentikan kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara, terlalu banyak ketidaktentuan di luar sana, pelabur-pelabur asing, pelabur-pelabur domestik terlalu bimbang kalau keadaan ini berterusan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Azmin berkata semua pihak perlu menghormati mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu dan membiarkan Dr Mahathir menghabiskan pentadbirannya sebagai perdana menteri sehingga selesai penggal.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     

Rangkaian kebab terbesar dunia kini di Ipoh

 
     

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel