Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





JOHOR BAHRU, 22 Okt -- Sungai Tukang Batu dan Sungai Buluh merupakan antara beberapa sungai di kawasan Pasir Gudang yang berada dalam pemerhatian khusus kerajaan negeri.

Pemerhatian itu kerana kerajaan negeri mahu melaksanakan langkah jangka panjang dan pendek bagi memuliharakan sungai-sungai berkenaan agar???? tidak tercemar lagi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon.

“Langkah jangka panjang dan pendek bagi memulihara sungai-sungai tersebut menjadi keutamaan Jawatankuasa Pemandu Pemuliharaan Sungai yang dipengerusikan oleh Menteri Besar sendiri Datuk Dr. Shahruddin Jamal.

“Malah, saya sendiri juga telah meletakkan usaha pemuliharaan sungai-sungai yang kritikal sebagai keutamaan dalam jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa tetap alam sekitar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, meskipun usaha pemuliharaan akan dibuat oleh kerajaan negeri, semua pihak juga perlu mempunyai kesedaran dan mengambil tanggungjawab dalam menjaga sungai bagi memastikan pemuliharaan sungai-sungai di negeri ini berjalan lancar.

“Usaha pemuliharaan ini akan berterusan dan memerlukan jangka masa panjang, di samping menghendaki peranan setiap pihak berkepentingan seperti agensi awam, pemain industri dan terutamanya orang awam.

“Pada masa sama, kerajaan negeri akan memaklumkan sebarang perkembangan dan tindakan berhubung langkah pemuliharaan sungai di negeri Johor khususnya di Pasir Gudang dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Tan berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar semalam yang menyebut Sungai Tukang Batu yang terletak dalam kawasan perindustrian di Pasir Gudang merupakan satu-satunya sungai yang berada dalam kelas lima atau ‘sungai mati’, menurut Laporan Kualiti Alam Sekitar (EQR) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Selain Sungai Tukang Batu, Sungai Buluh juga disenaraikan sebagai sungai paling tercemar di Johor dan antara lima sungai yang paling tercemar di Malaysia.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel