Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat Tasik Paya Bungor: disiasat sebagai kes bunuh


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





KUANTAN, 21 Okt  -- Penemuan mayat seorang lelaki di Tasik Paya Bungor di Kilometer 50, Jalan Kuantan-Maran di sini, semalam, diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali, berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh selepas terdapat bukti bahawa kedua-dua tangan dan kaki mangsa diikat ketika mayatnya ditemui.

“Adik tiri mangsa telah mengesahkan identiti mangsa sebagai Raju A/L Ava Dian, 39, yang beralamat di Kampung Sri Jaya, Maran dan bekerja sebagai mekanik sambilan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian baju berwarna merah dan seluar jeans hitam ditemui oleh orang awam di bahagian tepi tasik berkenaan, di sini, pada jarak kira-kira 10 meter dengan jalan utama sebelum melaporkan kepada pihak polis pada 9.55 pagi semalam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel