Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebuhraya Kota Bharu-Krai beri keselesaan kepada rakyat


Tarikh kemaskini: 20/10/2019





KOTA BHARU, 20 Okt -- Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Kelantan terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Pengguna jalan raya yang sering berulang alik dari Gua Musang ke Kota Bharu Adnan Ahmad, 47, berkata dengan adanya kemudahan itu, orang ramai mampu menikmati jalan yang lebih selesa dan menjimatkan masa.

“Biasanya dengan menggunakan jalan sedia ada, saya perlu berada lebih tiga jam dari Gua Musang ke Kota Bharu. Jika projek lebuh raya ini siap sepenuhnya, saya jangkakan perjalanan akan lebih singkat, mungkin mampu jimatkan masa kepada dua jam sahaja.

“Buat masa sekarang saya hanya mengambil masa lebih kurang lima belas minit dari Kadok ke Kota Bharu menggunakan lebuh raya itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya kemudahan itu juga akan mengelakkan pengguna jalan raya daripada terperangkap di jalan yang terputus akibat dilimpahi banjir.

Seorang lagi pengguna lebuh raya, Mohd Azuan Ab Rahman, 30, berkata selepas lebuh raya dari Kadok ke Wakaf Che Yeh siap, beliau hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk pulang ke rumah ibunya di Selising.

“Selalunya saya berdepan kesesakan di beberapa simpang ke Kota Bharu sebelum sampai di rumah mentua yang terletak berdekatan Kota Bharu. Dengan siapnya lebuh raya ini, kami pengguna lebih selesa dan dan saya sendiri mudah untuk berulang alik dari Kota Bharu ke Selising,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan itu sebagai satu rahmat kepada penduduk negeri Kelantan kerana sebelum ini tiada sebarang lebuh raya di Kelantan.

Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dengan jarak keseluruhan 61.4 kilometer adalah satu daripada projek berimpak tinggi yang disediakan kerajaan Persekutuan kepada Kelantan dilaksanakan secara berperingkat menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Projek tersebut kini memasuki fasa 2A iaitu dari Kadok ke Ketereh (6.75 km) selepas pakej 1B  (Pasir Hor ke Kadok) siap Julai lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel