Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tembok dan CCTV di perbatasan Malaysia-Thailand untuk tangani jenayah rentas sempadan


Tarikh kemaskini: 20/10/2019





PASIR MAS, 20 Okt -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan percaya pembinaan tembok dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV ) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dapat mengelak atau mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan daripada terus aktif.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, dengan terbinanya tembok dan CCTV itu sudah pasti dapat mengekang kegiatan penyeludupan daripada berleluasa.

Selain itu, katanya langkah berkenaan juga dapat memudahkan pasukan penguatkuasa di sempadan menjalankan tugas pemantauan dan membanteras aktiviti menyalahi undang-undang.

"Sebagaimana di negara jiran, Thailand kita lihat mereka sudah membina tembok di beberapa lokasi selain meletakkan CCTV sebagai langkah pencegahan.

Langkah yang sama saya cadangkan kepada pihak berkaitan di sini supaya berbuat demikian supaya segala aktiviti di sepanjang sempadan dapat dipantau dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas meninjau pangkalan haram Gergaji dekat Rantau Panjang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata beliau tidak menafikan bahawa aktiviti penyeludupan masih berlaku di sempadan namun masih terkawal dengan adanya Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan Ops Wawasan.

Katanya daripada pemantauan yang dilakukan penduduk di sempadan kedua-dua negara bebas keluar masuk melalui pangkalan haram seolah-olah tiada sekatan dijalankan.

Dalam perkembangan sama, Hasanuddin berkata beliau menasihatkan kepada anggota yang bertugas di sempadan supaya menjalankan tugas dengan penuh integriti supaya tidak mencemarkan nama pasukan.

"Kita tidak mahu segala bakti yang dicurahkan selama ini "terhapus" akibat perbuatan segelintir anggota yang tidak berintegriti.

Setiap anggota dan pegawai terutama yang bertugas di sempadan perlu menjalankan tugasan dengan baik dan elakkan diri daripada sebarang kegiatan yang membabitkan gejala tidak sihat termasuk rasuah. Saya ulangi...sekiranya tertangkap mereka perlu menanggung akibatnya," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel