Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

13 mangsa banjir kilat dipindahkan di Bentong


Tarikh kemaskini: 20/10/2019





KUANTAN, 20 Okt -- Seramai 13 penduduk Kampung Kuala Repas, Bentong dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir kilat malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata hujan selama 20 minit bermula pukul 8 malam menyebabkan tiga rumah di kawasan berkenaan dinaiki air sedalam setengah kaki (0.152 meter).

“Susulan maklumat yang diterima APM pada pukul 8.45 malam, sebuah PPS banjir telah dibuka di Surau Kampung Kuala Repas pada pukul 10.15 malam. 

“PPS itu menempatkan tiga lelaki lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan daripada tiga keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel