Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Etiqa laksanakan CSR bina tangki air bersih kepada penduduk Kampung Padang Bukit


Tarikh kemaskini: 19/10/2019




PASIR MAS, 19 Okt -- Masalah bekalan air bersih yang dihadapi lebih 1,000 penduduk di Kampung Padang Bukit, Lubok Setol di sini, berakhir dengan pelaksanaan Projek Bekalan Air Bersih Etiqa.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad Zafri Halim berkata sejak lebih 20 tahun lalu penduduk di situ hanya bergantung kepada air perigi ataupun ‘air boring’ (telaga tiub) untuk bekalan air dan tidak mempunyai saluran paip air yang sempurna.

Beliau berkata masalah itu semakin meruncing apabila bekalan air berkurangan ketika musim kemarau, dan menurutnya menerusi projek Etiqa ini bekalan air bukit ditadah dari bukit berdekatan dan disalurkan ke rumah tangki utama sejauh tiga kilometer.

"Selepas itu air akan disalurkan terus ke rumah-rumah penduduk termasuk ke Masjid Mukim Lubuk Setol," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyerahan tangki air berkenaan yang turut dihadiri Presiden  Islamic Aid Malaysia (IAM) Zawahir Abdullah.

Zafri berkata tangki utama mempunyai kapasiti sebanyak 5,000 gelen air dan akan dirawat menggunakan sistem penapisan ‘membrane’ untuk memastikan air yang disalurkan dalam keadaan bersih dah selamat untuk diminum oleh penduduk.

Katanya projek yang dibangunkan dengan kerjasama IAM ini dilaksanakan dalam tempoh empat minggu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Etiqa dan dilakukan secara bergotong-royong melibatkan sukarelawan IAM dan penduduk kampung.

"Selari dengan visi kami untuk menjadikan dunia ini sebagai sebuah tempat tinggal yang lebih baik, projek bekalan air bersih ini merupakan satu lagi bukti keprihatinan Etiqa dalam meningkatkan mutu kehidupan, sosial dan ekonomi bagi masyarakat yang memerlukan bantuan di bawah program tanggungjawab sosial koperasi kami dibawah slogan ‘Etiqa Cares’," katanya.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel