Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buruh didakwa rasuah anggota JPJ


Tarikh kemaskini: 18/10/2019





KUANTAN, 18 Okt -- Seorang buruh warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini, kerana didakwa memberi rasuah RM107 kepada  anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),  Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan 5 Nov depan untuk mendapatkan pengakuan tertuduh, Amirullah, 22, bagi mendapatkan khidmat jurubahasa Indonesia.

Amirullah didakwa memberi rasuah itu dalam bentuk wang tunai kepada pembantu penguatkuasa JPJ Zulkifli Ab Halim pada 12.15 tengah hari 12 Okt lalu di Jalan ION Delemen, Genting Highlands dekat sini, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang tidak mempunyai insurans motosikal.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faisal Ibrahim.

Amirullah akan ditahan di Penjara Penor di sini, sementara menunggu tarikh sebutan semula kes memandangkan dia gagal menjelaskan jaminan RM10,000 yang ditetapkan Siti Aminah dengan syarat penjamin ialah warganegara Malaysia dan pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel