Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo


Tarikh kemaskini: 17/10/2019





KUALA LUMPUR,17 Okt  --  Kerajaan akan menjalankan kajian tentang bagaimana untuk menjadikan sistem rel Malaysia digunakan sepenuhnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada pakar di Jepun untuk mencontohi kecekapan Stesen Tokyo dan penggunaan yang tinggi.

“Kita melabur untuk bina kereta api tapi tidak digunakan sepenuhnya. Rel merupakan pelaburan yang besar dan ia perlu digunakan sekerap mungkin.

"Kita akan dapatkan nasihat pakar dari Jepun untuk program perjalanan rel bersama freight atau penumpang," katanya pada sidang media selepas melancarkan Dasar Pengangkutan Negara  2019-2030 di sini, hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel