Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak optimis terima 5 juta pelancong tahun ini


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





KUCHING, 16 Okt -- Sehingga bulan lepas, Sarawak telah menerima kunjungan 3.36 juta pelancong tahun ini dan jumlahnya untuk sepanjang tahun ini dijangka dapat melepasi angka 4.2 juta pelancong yang direkodkan sepanjang tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan peningkatan jumlah pelancong sepanjang tempoh itu berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Sepanjang tempoh itu, kita dah rekod peningkatan 4.24 peratus berbanding tahun lepas, dan untuk tiga bulan terakhir kita yakin dapat tarik lebih ramai pelancong dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang.. kalau kita terus bernasib baik, kita boleh capai ketibaan pelancong sehingga mencecah 5 juta orang tahun ini," katanya pada sidang media acara Sitok Kuching, di sini, hari ini. 

Katanya salah satu acara yang akan diadakan bagi menarik ketibaan pelancong ke Sarawak pada tiga bulan terakhir tahun ini adalah acara Sitok Kuching yang akan dijadualkan di Tebingan Kuching dari 6 hingga 8 Disember ini.

"Acara ini akan menampilkan bakat-bakat terbaik dan terhebat dalam seni kreatif, musik dan kulinari di Sarawak dan Kuala Lumpur," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel