Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki ditahan, dua masih bebas terlibat kejadian samun di Johor Bahru


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





JOHOR BAHRU, 16 Okt -- Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian samun di Jalan Wong Ah Fook, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata dalam kejadian 4.20 petang itu, dua lelaki tempatan berusia antara 20an dan 30an berjaya ditangkap manakala dua lagi masih bebas.

"Satu laporan polis diterima berkaitan satu kejadian samun telah berlaku di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru di mana dalam kejadian tersebut, mangsa telah disamun oleh empat lelaki di mana motosikal milik mangsa telah dilarikan suspek. 

"Bertindak atas maklumat, pada 4.57 petang, sepasukan anggota Polis Unit Ronda Bermotosikal (URB)  IPD JBS telah berjaya mengesan dan menangkap dua suspek serta merampas sebuah kereta yang digunakan suspek dalam kejadian petang tadi,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Shahurinain berkata semakan awal mendapati kedua-dua lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing juga negatif.

Tambahnya, siasatan mendapati kereta yang digunakan dalam kejadian ini adalah milik suspek. 

Kedua lelaki berkenaan direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut serta untuk mengesan dua lagi yang masih bebas.

"Kita kini sedang mengesan dua lagi rakan sepenjenayah yang masih bebas serta sedang mengesan motosikal milik mangsa yang dilarikan. 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua suspek yang masih bebas boleh menghubungi Hot Line IPD JBS di talian 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat Insp Suhana binti Abdullah Sadali di talian 019-8853599.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel