Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PBSNT cadang lantik pengarah teknikal musim depan


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





KUALA TERENGGANU, 16 Okt  -- Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bercadang mewujudkan jawatan pengarah teknikal pada musim depan bagi memastikan pembangunan bola sepak bermula dari peringkat akar umbi.

Timbalan Presiden, Hishamuddin Abd Karim berkata berkata cadangan itu sedang diperhalusi secara mendalam kerana melibatkan jumlah dana yang tinggi serta memerlukan penglibatan jurulatih atau pakar berpengalaman.

Bagaimanapun menurut beliau, PBSNT akan cuba sedaya upaya merealisasikan perkara itu pada musim depan sepertimana yang dicadangkan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

"Masih ada komitmen untuk melaksanakan perkara itu (pengarah teknikal), tetapi kita perlu selesaikan dahulu pelantikan ketua jurulatih dan penolong jurulatih untuk pasukan Terengganu FC (TFC) hingga TFC V dalam masa terdekat ini.

"Kita akan tengok pada kemampuan kewangan, tetapi InsyaAllah mungkin akan ada (pengarah teknikal) tahun depan," katanya kepada ketika dihubungi Bernama.        

Mengulas lanjut Hishamuddin berkata pelantikan pengarah teknikal juga dilihat selari dengan hala tuju PBSNT kali ini yang mahu mewujudkan kesinambungan pemain iaitu dari pasukan bawah hingga ke skuad utama.

Selain itu ia juga dapat mengangkat lebih ramai bakat anak negeri melalui pembangunan aktiviti akar umbi bertepatan dengan sasaran badan induk negeri untuk menampilkan 80 peratus pemain anak jati negeri dalam pasukan TFC dan TFC ll.

FAM sebelum ini menggesa semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) melantik pengarah teknikal masing-masing bagi memastikan pembangunan bola sepak bermula dari peringkat bawah.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel