Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





KOTA BHARU, 16 Okt -- Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menangani isu ejen penarik kereta di Kelantan.

Yang Dipertua PPIK  Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata perbincangan itu diharap dapat memperkasa peranan ejen penarik kereta, selain mengutamakan integriti, Prosedur Operasi Standard (SOP) kerja dan imej bagi mengharmonikan antara ejen serta masyarakat pengguna.

"Sebelum ini kami telah melakukan kunjungan ke atas KPDNHEP Kelantan untuk mendapat pandangan serta kesimpulan terhadap rungutan masyarakat pengguna berkaitan perkara itu (penarik kereta)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Fared berkata pada pertemuan itu, PPIK akan mengemukakan beberapa cadangan termasuk hari bekerja mengikut masa bank beroperasi supaya tidak berlaku kesukaran kepada pengguna semasa kereta ditarik oleh ejen penarik kereta.

"Kami mengakui terdapat pengguna yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan masing-masing tetapi untuk menarik kenderaan terbabit ia perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dan bukannya ikut suka hati… lebih tepat lagi ia perlu pada penambahbaikan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku termasuk perlakuan jenayah," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel