Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Padah beri no MyKad kepada individu tidak dikenali


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





KUANTAN, 16 Okt  -- Tindakan seorang guru wanita berkongsi nombor MyKad dengan individu tidak dikenali membawa padah apabila wang simpanannya dipindahkan ke akaun lain tanpa kebenaran. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian hampir RM13,999 dalam kejadian yang berlaku semalam. 

Beliau berkata mangsa mendakwa dihubungi suspek lelaki sekitar 10 pagi, kononnya mewakili bank yang ingin mendapatkan pengesahan bagi tujuan permohonan kad kredit dibuat mangsa. 

"Mangsa menafikan ada membuat permohonan menyebabkan suspek meminta nombor MyKad mangsa supaya dia dapat membatalkan permohonan itu dan mangsa terus memberi maklumat tersebut. 

"Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, mangsa menerima notifikasi di telefon pintarnya mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak dua kali dari akaun banknya ke akaun tidak dikenali," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Curiga dengan transaksi itu, mangsa segera menghubungi pihak bank bagi menyekat transaksi keluar wang simpanannya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, dekat sini. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel