Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pahang warta 8,571 hektar Tanah Rizab Orang Asli - MB Pahang


Tarikh kemaskini: 15/10/2019





BERA, 15 Okt -- Kerajaan negeri Pahang dalam proses mewartakan tanah seluas 8,571 hektar sebagai Tanah Rizab Orang Asli, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata jumlah itu ialah tambahan kepada 7,156 hektar tanah yang telah diwartakan setakat ini selain 8,958 hektar tanah yang sudah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Usaha ini adalah salah satu bantuan untuk kebajikan masyarakat Orang Asli, terutamanya di Pahang yang mempunyai jumlah Orang Asli paling ramai di Semenanjung Malaysia. 

"Di Pahang, jumlah Orang Asli ialah seramai 89,375 orang atau 45.1 peratus daripada jumlah keseluruhan golongan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Iskandar di sini hari ini. 

Pada program itu, Wan Rosdy juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada penduduk di Pos Iskandar yang terdiri daripada suku kaum Semelai. 

Wan Rosdy berkata kebajikan masyarakat Orang Asli terus menjadi keutamaan kerajaan negeri bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan termasuk dalam kemudahan infrastruktur. 

Sebagai contoh, Wan Rosdy merujuk kepada pembinaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) bagi penempatan masyarakat Orang Asli dengan tujuh daripadanya terletak di Pahang termasuk Pos Iskandar. 

"RPS juga membolehkan masyarakat Orang Asli dihimpunkan di satu kawasan yang lebih lengkap dari segi insfastruktur selain membolehkan mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti pertanian kelapa sawit atau getah," katanya. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel