Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ayam Brand bantu usaha atasi masalah obesiti


Tarikh kemaskini: 15/10/2019




KUANTAN, 15 Okt -- Syarikat pengeluar makanan dalam tin terkemuka Ayam Brand tekad membantu usaha mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya golongan kanak-kanak. 

Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre berkata mereka menganjurkan Kempen Komuniti Penyayang 2019: Suku-Suku Separuh (3S) bagi mengalakkan tabiat pemakanan sihat, sekaligus membantu mengurangkan masalah obesiti. 

"Kempen ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai pemilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiram menyediakan pinggan sihat 3S. 

"Ini sebahagian daripada usaha kita untuk menangani masalah obesiti kerana laporan menunjukkan kadar obesiti di Malaysia adalah paling tinggi di Asia Tenggara," katanya selepas melancarkan kempen itu di Teluk Cempedak di sini, hari ini. 

Nathan berkata menerusi kempen itu, seramai 32 kanak-kanak daripada lapan pertubuhan kebajikan dan sekolah rendah sekitar Kuantan terlibat dalam penyediaan hidangan sihat. 

Pahang merupakan lokasi kelima penganjuran kempen itu, yang telah dilaksanakan di Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Johor, katanya, 

Sementara itu, pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Kempadang di sini, Muhammad Harith Rashidi, 12, mengakui beliau tidak sabar untuk mengamalkan amalan pemakanan sihat yang dipelajari hari ini, di rumah. 

"Saya sedar ada kuantiti yang perlu dipatuhi dalam pengambilan karbohidrat seperti nasi dan roti selain perlu lebih makan sayur dan buah serta sumber protein. 

"Malah pengambilan garam dan gula perlu dikurangkan kerana tidak sihat dan boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya," katanya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel