Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu


Tarikh kemaskini: 15/10/2019





KANGAR, 15 Okt  -- Persatuan Melayu Negeri Perlis (Pemanis) menyokong penuh saranan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu setiap majlis rasmi kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Yang Dipertuanya Datuk Mohd Zain Hamzah berkata langkah itu amat wajar ke arah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara di samping menjadikan ia sebagai bahasa ilmu, dan pihaknya memang telah lama memperjuangkan isu penggunaan bahasa Melayu di majlis-majlis rasmi kerajaan walaupun melibatkan kehadiran tetamu negara luar.

“Kita ambil contoh dari apa yang diamalkan di negara-negara Asia lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Jepun, pemimpin mereka tetap menggunakan bahasa ibunda sendiri pada setiap majlis anjuran kerajaan walaupun pada peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini hari ini sebagai mengulas ucapan Anwar dalam di majlis penutup Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara Sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2019 di Ayer Keroh, Melaka pada Isnin.

Menurut laporan media, Anwar dalam ucapannya itu menceritakan bagaimana beliau menegur sebuah kementerian baru-baru ini yang mengendalikan satu persidangan mengenai hal ehwal nasional yang turut dihadiri oleh beberapa duta asing, yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, termasuk dalam bacaan doa.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel