Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif


Tarikh kemaskini: 15/10/2019





KOTA KINABALU, 15 Okt  -- Perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan kelak sudah tentu memberikan kesan positif khususnya dari segi pertumbuhan ekonomi kepada Sabah dan Sarawak, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata perpindahan itu akan menyaksikan banyak pembangunan dilaksanakan di Kalimantan termasuk pembangunan infrastruktur.

"Oleh itu kita yang berhampiran dengan mereka... sudah tentu membantu dari segi membekalkan tenaga elektrik sekiranya mahu dan ini akan memberi keuntungan kepada ekonomi kita.

"Pada masa kini pun kita menjalin kerjasama erat dengan Kalimantan Barat untuk tujuan mengeksport tenaga elektrik ke kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kunjungan hormat itu,  Abang Johari berkata terdapat beberapa perkara mengenai hubungan antara Sabah dan Sarawak dibincangkan dalam pertemuan itu.

"Sabah dan Sarawak mempunyai hala tuju yang sama dan kita harap hubungan serta kerjasama terus dipertingkatkan...oleh kerana Sabah dan Sarawak luas, bermakna banyak lagi pembangunan asas yang kita perlukan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel