F-K2yvZgDpg "Storm the weather": majlis pengenalan pasukan ToP sesuai dengan tema
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

"Storm the weather": majlis pengenalan pasukan ToP sesuai dengan tema


Tarikh kemaskini: 14/10/2019





KUALA TERENGGANU, 14 Okt -- Majlis pengenalan pasukan edisi sulung Tour of Peninsular (ToP) di Duyong Marina & Resort di sini, sedikit terganggu akibat hujan lebat. 

Majlis yang diadakan dengan berlatar belakangkan tarikan terbaharu negeri ini, jambatan angkat, dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab.

Berikutan hujan yang turun sebelum majlis bermula, pelumba terpaksa membawa payung menaiki pentas apabila pasukan mereka diperkenalkan, berbanding kelaziman membawa basikal mereka.

Hampir 120 pelumba mewakili 20 pasukan akan bersaing dalam perlumbaan berstatus UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) 2.1 Jelajah Asia yang bertemakan 'Storm the Weather' bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Dua pasukan gergasi negara, Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) yang masing-masing menduduki ranking pertama dan kedua Jelajah Asia musim ini, bakal menjadi tumpuan utama. 

Peringkat Pertama perlumbaan pada esok menyaksikan jarak sejauh 180.6km bermula di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun melalui tiga zon pecutan sebelum tamat di Dataran Shahbandar di sini. 

Peringkat Kedua bermula di Kuala Terengganu ke Chukai (157.4km) diikuti Peringkat Ketiga dari Kuantan ke Karak (172.7km), cabaran getir ‘Queen’s Stage’ dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands (89.5km) yang akan tamat di Tanah Rata selepas pendakian hors class, sebelum menutup tirai dengan peringkat terakhir dari Kuala Lipis ke Setiawangsa (151.4km).

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kanak-kanak dua tahun maut dipercayai ditikam bapa saudara

 
     

Kanak-kanak OKU catat rekod MBR, sertai kayuhan rentas sempadan 222.2km

 
     

Taktik sembunyi dadah bernilai RM1 juta dalam timbunan tanah tumpas

 
     

Pelancong penuhi lokasi menarik di Langkawi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel