wdpHQ1NGrZQ LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM


Tarikh kemaskini: 14/10/2019





SHAH ALAM, 14 Okt  -- Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan melibatkan penyelewengan dana melibatkan pihaknya dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop berkata LZS sentiasa berkongsi maklumat berkaitan aktiviti pengurusan zakat di Selangor melalui pelbagai medium termasuk media massa.

"Ini termasuk menerbitkan program televisyen bagi tujuan meningkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan masyarakat. 

"Pelaksanaan penerbitan program televisyen berkenaan diuruskan oleh perunding pengiklanan profesional yang dilantik oleh LZS mengikut prosedur yang ditetapkan, skop dan harga kontrak yang dipersetujui menggunakan dana pengurusan amil," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan dua pegawai kanan RTM direman sembilan hari sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung apa yang disyaki salah guna dana Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata kedua-dua pegawai wanita berusia 37 tahun dan 40 tahun itu antara tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan pada 7 Okt lepas.

Seorang lagi dibebaskan selepas keterangannya diambil.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel