Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 29,736 calon duduki SPM di Kelantan tahun ini


Tarikh kemaskini: 14/10/2019





KOTA BHARU, 14 Okt -- Seramai 29,736 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan yang bermula hari ini sehingga 28 Nov.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan berkata, ia membabitkan 21,560 calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 693 calon dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

"Manakala Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seramai 611 calon, Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) (4,953 calon), swasta  (218 calon) dan persendirian (1,701 calon).

"Manakala 2,365 petugas akan bertugas sepanjang tempoh peperiksaan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebanyak 284 pusat peperiksaan disediakan di negeri ini kepada calon yang terlibat.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel