Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang


Tarikh kemaskini: 13/10/2019





LANGKAWI, 13 Okt -- Suasana Pantai Chenang, lokasi tumpuan pelancong di pulau peranginan bebas cukai ini, bertambah meriah malam ini dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali tiba pada jam 8.20 malam di kedai roti dan kafe The Loaf di Chenang Plaza di sini.

Kehadiran Dr Mahathir dan isteri itu mencetuskan keterujaan buat pelancong dalam dan luar negara.

Keadaan sekitar kedai tersebut dan Jalan Pantai Chenang menjadi sesak dengan kehadiran ramai pengunjung yang menunggu peluang untuk bergambar dengan negarawan itu dan isteri.

Pasangan VIP itu meluangkan masa di The Loaf hampir sejam.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut meluangkan masa meninjau kawasan sekitar Jalan Pantai Chenang sebelum bergerak pulang.

--- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel