Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kilang papan putih musnah terbakar


Tarikh kemaskini: 13/10/2019





KUANTAN, 13 Okt -- Sebuah kilang membuat papan putih di kawasan perindustrian Jaya Gading, di sini, musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang , Ismail Abd Ghani, berkata, kebakaran menyebabkan kilang itu musnah sebanyak 80 peratus dalam  kejadian jam 12.50 tengah hari itu. 

"Kilang itu difahamkan tidak beroperasi pada hari ini, namun terdapat lima pekerja yang menetap di situ. Mereka bagaimanapun, berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian berlaku," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Ismail berkata dua buah jentera dan sebuah jentera air tangki dengan 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Indera Mahkota dan Gebeng dikejarkan ke tempat kejadian. 

Katanya, tindakan pantas bomba juga berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke sebuah kilang kosong bersebelahan lokasi kejadian. 

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 45 minit kemudian dan setakat ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel