Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syarikat FR Qaseh bangga terima anugerah World Halal Bestbrands Awards


Tarikh kemaskini: 13/10/2019




TUMPAT, 13 Okt  --  FR Qaseh Sdn Bhd, yang mengeluar kopi pracampur jenama Manja Kaseh and Arjuna Kaseh, menyasarkan untuk memasarkan produknya ke luar negara tahun depan.

Pengarah Urusannya Faizul Rohban berkata syarikat itu menjual kira-kira 3,000 botol produk itu sebulan, dan merancang menambah angka itu kepada 10,000 botol sebulan pada 2020.

“Kami merancang mengeksport produk kopi ini ke Filipina, Thailand, Indonesia dan Brunei,” katanya kepada Bernama.

FR Qaseh, yang memulakan operasi pada 2013, mempunyai kilang di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Syarikat itu menerima Anugerah Jenama Terbaik anjuran The BrandLaureate di Kuala Lumpur pada 23 Sept lepas.

Faizul berkata beliau bangga terhadap pencapaian yang diterima syarikatnya memandangkan ia baru beroperasi tidak sampai 10 tahun.

"Saya amat berbangga kerana belum satu dekad syarikat beroperasi, ia semakin berkembang dan mampu dinobatkan sebagai penerima anugerah oleh pihak antarabangsa," katanya.

"Memang hasrat utama saya untuk produk ini dipasarkan ke luar negara, namun selepas difikir-fikirkan saya rasa lebih baik produk ini menguasai pasaran di dalam negara terlebih dahulu.

"Selepas kita 'menjuarai' pasaran tempatan, barulah langkah seterusnya diambil. Itulah perancangan saya selepas ini," katanya.,

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel