Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belanjawan 2020 beri penekanan kepada golongan muda


Tarikh kemaskini: 12/10/2019





KOTA BHARU,12 Okt -- Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam memberi perhatian kepada keperluan golongan muda di negara ini.

Presiden  Pertubuhan Suara Anak Muda Kelantan Darul Naim (Suara Kelantan) Isham Sharuddin berkata belanjawan kali ini harus dipuji berikutan kerajaan memberikan penekanan terhadap keperluan golongan muda yang menjadi sebahagian penggerak pembangunan negara.

"Ia dapat dilihat melalui peruntukan bagi memperkasakan sektor Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). 

"Begitu juga dengan tambahan peruntukan diberikan bagi memperkuat institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam belanjawan itu, kerajaan memperuntukkan RM5.9 bilion bagi program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).   

Isham berkata peruntukan bagi menambah baik sekolah luar bandar juga merupakan salah satu keperluan untuk golongan muda bagi mendapatkan pendidikan dalam suasana yang selesa.

"Begitu juga, keprihatinan terhadap golongan Kurang Upaya (OKU) dengan memperkenalkan peruntukan mesra OKU di sekolah.

"Pastinya golongan muda akan menerima impak secara langsung daripada belanjawan kali ini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel