Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Pahang harap dapat nikmati kuarters lebih selesa


Tarikh kemaskini: 12/10/2019




KUANTAN, 12 Okt -- Polis Pahang berharap peruntukan RM250 juta bagi membaiki dan menaik taraf kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan pada Belanjawan 2020 semalam, turut dapat dinikmati anggota di negeri ini. 

Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata keadaan kuarters yang lebih selesa dapat memberi kelegaan kepada anggota kerana dapat menyediakan kediaman lebih baik untuk keluarga. 

"Kita ada mengemukakan permohonan untuk membaiki kuarters yang usang kepada pihak atasan sebelum ini dan ada di antara kuarters yang terlalu usang dan memerlukan keutamaan dibaiki oleh bahagian lojistik kita. 

"Bagaimanapun tidak boleh dinafikan ada beberapa keadaan yang masih boleh bertahan, anggota terus mendiami kuarters tersebut dan diharapkan pertimbangan sewajarnya boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan sesi dialog awam Polis Kontinjen Pahang di Kompleks Penyiaran RTM di sini, hari ini.

Beliau juga menyifatkan pengumuman peruntukan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap keadaan kuarters polis yang tidak dapat dinafikan ada yang uzur serta tidak lagi sesuai dengan persekitaran semasa. 

Mengulas mengenai program sesi dialog awam  itu, Abd Jalil berkata program itu akan diperluaskan ke setiap daerah di Pahang, dengan penyertaan Ketua Polis Daerah dan penyertaan jabatan dalam badan beruniform tersebut. 

"Ini bagi membolehkan kita mengetahui permasalahan yang dihadapi masyarakat dengan lebih terperinci dari peringkat akar umbi sebelum mencari jalan penyelesaian. 

"Kehadiran pegawai atasan termasuk saya pada sesi ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih pantas selain mendekatkan polis dengan masyarakat setempat," katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel