Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengendali TFC ll sedia latih pasukan baharu musim depan


Tarikh kemaskini: 11/10/2019




KUALA TERENGGANU, 11 Okt -- Pengendali Terengganu FC ll (TFC ll) Tengku Hazman Raja Hassan mengakui 'jodohnya' bersama pasukan bola sepak  itu bakal berakhir hujung bulan ini.

Sehubungan itu beliau yang merupakan bekas pemain skuad Projek Olimpik negara bersedia untuk melatih pasukan baharu di pentas Liga Perdana atau berkhidmat sebagai pembantu jurulatih di Liga Super.

"Perkara itu telah diputuskan oleh pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Rabu lalu dan saya dengan penuh hormat serta akur menerima keputusan tersebut.

Setakat ini saya belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan kerana perkara ini (penamatan kontrak) masih baru," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Tengku Hazman dia tidak menolak kemungkinan bahawa kegagalan TFC ll mempertahankan kejuaraan Piala Cabaran yang dimenangi musim lepas menjadi punca kepada 'perpisahan' itu.

Bagaimanapun beliau mahu terus melupakan episod lalu dan memberi fokus kepada hala tuju kerjayanya pada musim depan.

Jurulatih kelahiran Kelantan itu mula melatih TFC ll sejak Ogos tahun lepas dan beliau berjaya membawa pasukannya menjulang gelaran juara edisi sulung Piala Cabaran tahun lalu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel