Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapan bahagian badan manusia ditemui dalam semak


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





MELAKA, 10 Okt -- Polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia tidak lengkap di semak berhampiran Jalan utama Kampung Ladang berhampiran kawasan perindustrian Krubong dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata individu itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum bahagian-bahagian badannya itu dibuang di sini kira-kira lima hari lepas.

"Saya boleh katakan kita temui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia dalam keadaan tidak lengkap di atas tanah dan masih belum dapat memastikan berapa mangsa terlibat. Bahagian badan serta identiti… hanya dapat diketahui selepas selesai proses bedan siasat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian malam ini.

Beliau berkata maklumat awal penemuan bahagian badan itu diketahui selepas seorang pekerja lelaki berumur 37 tahun membuat laporan polis di balai polis terdekat iaitu Balai Polis Tanjung Minyak.

Katanya menurut lelaki itu dia terjumpa bahagian badan manusia itu di atas tanah ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput kira-kira pukul 4.00 petang tadi.

Afzanizar berkata bahagian badan manusia itu akan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. 

Menurutnya kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana polis percaya ia berkaitan dengan kes pembunuhan.

“Kita masih belum membuat sebarang tangkapan, sekiranya orang ramai mempunyai kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel