Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH yakin berpeluang menang PRK Tanjung Piai - Sahruddin


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





MUAR, 10 Okt  -- Meskipun menerima banyak kritikan, Pakatan Harapan (PH) yakin dengan peluangnya untuk memenangi kerusi parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu nanti, hasil kerjasama semua parti di bawahnya.

Pengarah Jentera PH bagi PRK itu Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata setiap kritikan itu adalah biasa malah telah menjadi asam garam dalam berpolitik. 

“Di dalam sesuatu perjuangan kita mesti yakin bahawa kita mesti menang. Jadi sebarang kritikan itu biasa. Itulah asam garam kita berpolitik tapi saya yakin dengan sokongan semua, kita akan dapat bersatu dan bekerjasama untuk memastikan PH menang,” katanya.

Menteri Besar Johor itu berkata demikian kepada media selepas Majlis Pengisytiharan Penyiapan Platform Tanah Industri Pertama Muar Furniture Park di Bakri, di sini, hari ini, semasa ditanya mengenai kritikan-kritikan yang diterima sepanjang memimpin jentera PH bagi kempen PRK kali ini.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 Sept lepas, akibat komplikasi jantung.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel