Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga lelaki Indonesia dipenjara tinggal di hutan simpan tanpa kebenaran


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





KOTA TINGGI, 10 Okt --Tiga lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 39 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendiami hutan simpan kekal Seluyut, dekat sini, tanpa kebenaran yang sah, awal bulan ini.

Ketiga-tiga tertuduh -- Harianto Teguh, 31; Sudarko Kairi, 43, dan; Ahmad Ria Shuandi Saiman, 31,  mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga lelaki warga Indonesia itu didakwa telah mendiami hutan simpan kekal tanpa kebenaran yang sah di Hutan Simpan Seluyut kira-kira pukul 1.20 tengah hari, 1 Okt lepas.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 32 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 dan boleh didakwa menurut seksyen 32(2) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Johor Kaiyisah Shukri manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, kesemua tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana mempunyai tanggungan anak dan ibu bapa selain mendapat gaji yang sedikit.

Kaiyisah pula memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan boleh menjejaskan ekosistem hutan simpan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel