Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganggur mengaku tidak bersalah menyamar pegawai MPS


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





SEREMBAN, 10 Okt  -- Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada Mei lepas. 

Tertuduh Mohd Firdaus Zahari, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret V. Vanita selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa. 

Mohd Firdaus didakwa menyamar sebagai pegawai penguatkuasa pelesenan MPS ketika berhadapan Mohd Najib Mohd Nor, 32, pada pukul 10 pagi, 10 Mei lepas  di Bangunan MPS di Forest Height di sini.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. 

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 24 Okt ini. 

Sementara itu, Mohd Firdaus turut menghadapi  pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen  Seremban  membabitkan wang tunai RM3,320 terhadap mangsa sama yang dilakukan pada tarikh sama, kira-kira pukul 4.30 petang di Bank Simpanan Nasional Cawangan Senawang. 

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali. 

Bagi kesalahan itu Mohd Firdaus dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun serta dengan sebatan dan denda. 

Sementara itu, peguam A. Parthiban merayu agar anak guamnya diberikan jaminan rendah kerana bapanya hanya bekerja sebagai pemandu lori pihak berkuasa tempatan(PBT) dengan pendapatan RM1,000 sebulan serta perlu menanggung empat anak. 

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dan sebutan semula kes 8 Nov ini.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel