Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PBAPP terima Anugerah Emas Kecemerlangan Majikan daripada MEF


Tarikh kemaskini: 10/10/2019




GEORGE TOWN, 10 Okt-- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menerima ‘Anugerah Emas Kecemerlangan Majikan 2019’ daripada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) baru-baru ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP dan PBA Holding Bhd Datuk Jaseni Maidinsa dan Ketua Divisyen Sumber Manusia PBAPP Mohammad Zulkifli Abdul Hamid.

PBAPP menerima anugerah itu atas enam sebab antaranya hubungan harmoni antara PBAPP dan kakitangan pada keseluruhannya, kestabilan syarikat, peruntukan skim gaji yang kompetitif dan menyediakan program latihan pengetahuan dan kemahiran baik kepada kakitangan.

Jaseni dalam satu kenyataan berkata ini adalah anugerah pertama yang diterima PBAPP sebagai majikan dan terharu apabila PBAPP diiktiraf sebagai majikan yang baik oleh rakan-rakan yang lain.

“Pengurusan PBAPP sentiasa memperakui kejayaan syarikat kami adalah disebabkan prestasi terbaik pasukan PBAPP yang mengambil cabaran tiada catuan air di Pulau Pinang sepanjang tempoh 20 tahun ini.

“Hari ini, pasukan PBAPP ini masih bekerja keras demi memastikan bekalan air yang berterusan 24/7, 365 hari setahun,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha untuk terus memotivasi semua kakitangan dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat, stabil dan harmoni; program peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang berterusan; pilihan kemajuan kerjaya dan pakej pekerjaan yang kompetitif kepada mereka.

Bersempena dengan ulang tahun MEF ke-60 tahun ini, persekutuan itu buat pertama kali menyampaikan anugerah kecemerlangan majikan yang mana selain PBAPP, AXA Affin General Insurance Berhad turut menerima anugerah sama.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel