Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelindan lori sampah maut dirempuh van ketika bekerja


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





LANGKAWI, 10 Okt  -- Seorang kelindan lori Environment Idaman (E-Idaman) maut akibat dirempuh sebuah van dalam kejadian di Jalan Pantai Tengah-Temonyong dekat Kampung Padang Putih di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut pada 6.55 pagi.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu van yang datang dari Pantai Tengah ke arah Temonyong telah hilang kawalan sebelum melanggar belakang lori yang berhenti di kiri bahu jalan untuk memungut sampah.

"Kejadian itu menyebabkan Mohamad Abdullah, 16, yang berada di bahagian belakang lori tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata kejadian tersebut turut mengakibatkan pemandu van M. Saravanan, 43, cedera parah dan kini dirawat di Zon Merah hospital yang sama.

"Kenderaan terlibat juga telah dibawa ke Cawangan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel