Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Karnival terbesar NS Fest 2019 di Dataran Nilai dari 17-20 Okt


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





SEREMBAN, 9 Okt -- Buat julung kali Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan akan digabungkan dengan program Bulan Usahawan Negeri Sembilan dan program baharu Food Fest Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Fest 2019.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata NS Fest 2019 adalah karnival terbesar di Negeri Sembilan yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung melibatkan sebanyak 226 gerai jualan dan pameran.

Acara anjuran kerajaan negeri ini akan diadakan di Dataran Nilai, Nilai dari 17 hingga 20 Okt.

Katanya selain gerai jualan dan pameran, aktiviti lain ialah Forum Perdana, pertandingan masakan, persembahan artis jemputan, persembahan kumpulan dram dan gendang, demonstrasi masakan, program santai seperti 'buskers' dan 'hot air balloon' serta temuduga di bawah Jobs Malaysia.

"Objektif penganjuran NS Fest 2019 ialah ke arah mewujudkan satu 'programme branding' yang sinonim dengan Negeri Sembilan yang mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk negeri ini, malah juga dari negeri-negeri lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

"Selain 51 jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, turut mengambil bahagian pada NS Fest 2019 antaranya ialah 60 orang usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), 60 orang usahawan Industri Asas Tani (IAT) serta 60 orang pengusaha makanan tradisional" katanya.

Beliau berkata usahawan PKS yang terlibat dalam NS Fest 2019 adalah merangkumi sektor pemakanan, perkhidmatan, tekstil dan peruncitan, manakala usahawan IAT mengkhususkan jualan buah-buahan, sayur-sayuran, bahan basah dan 'nursery'.

Katanya penganjuran NS Fest 2019 ini adalah sebagai salah satu landasan kerajaan negeri untuk membangunkan, merakyatkan dan memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan kerajaan di negeri ini.

"Kita menyasarkan 300,000 orang akan mengunjungi NS Fest 2019. Saya secara peribadi percaya NS Fest 2019 akan melonjakkan lagi nama Negeri Sembilan dalam kalangan masyarakat setempat, mahu pun luar Negeri Sembilan dan insya-Allah, NS Fest akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel