Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkasakan TVET dan berita baik untuk pekebun kecil getah antara harapan Belanjawan 2020


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





KOTA BHARU, 9 Okt -- Memperkasakan sektor Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)  dan berita baik bagi pekebun kecil getah antara harapan dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Muda Kelantan Darul Naim (Suara Kelantan) Isham Sharuddin berkata TVET perlu diperkasakan kerana ia merupakan antara sektor penting di seluruh dunia ketika ini.

"TVET diharapkan menjadi intipati penting pada pengumuman belanjawanan kali ini berikutan ia telah terbukti sektor ini amat membantu negara maju bagi meningkatkan perkembangan ekonomi serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Isham berkata sekiranya kerajaan menjadikan TVET sektor penting pada Belanjawan 2020, ia akan menarik lebih ramai anak muda untuk cederung terlibat dalam sektor terbabit sekaligus membantu TVET menjadi aliran pilihan utama pembelajaran.

Pengerusi Badan Bertindak Pekebun dan Getah (PERGETAH) Izani Zakaria pula berharap kerajaan  mempunyai  berita baik kepada pekebun kecil getah dalam Belanjawan 2020 itu nanti. 

Beliau berkata penoreh getah kini mengalami kehidupan yang sukar berikutan harga komoditi terbabit jatuh dan berharap kerajaan mewujudkan input ekonomi tambahan  seperti memberi  bantuan  melaksanakan  kegiatan pertanian lain seperti tanaman sayur dan sebagainya.

"Bayangkan harga getah ketika ini RM2.30 sekilogram, dengan harga barangan keperluan lain tinggi ia menjadikan kehidupan penoreh getah amat tertekan, tidak termasuk dengan komitmen lain termasuk pendidikan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel