Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Selangor peruntuk RM5 juta tahun ini untuk manfaat SJKT


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





SHAH ALAM, 9 Okt  -- Kerajaan Selangor memperuntukkan RM5 juta untuk penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini bagi tahun 2019.

Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V. Ganabatirau berkata peruntukan itu diagihkan kepada 97 SJKT di Selangor, yang memperlihatkan keprihatinan pentadbiran itu terhadap masyarakat India di negeri ini.

“Bagi fasa pertama, kerajaan negeri telah mengagihkan RM4.4 juta kepada 95 buah SJKT manakala dua lagi sekolah masih belum membuat permohonan. Kedua-dua sekolah itu amat digalakkan supaya memohon peruntukan bagi manfaat sekolah masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Cek Bantuan Sekolah SKJT Fasa 1, yang dirasmikan dan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Ganabatirau berkata beliau optimis pihak pentadbiran sekolah terlibat akan menggunakan peruntukan itu sebaiknya dalam menyediakan infrastuktur yang kondusif demi keselesaan para pelajar.

“Tanpa infrastuktur yang lengkap, kegiatan atau aktiviti pelajaran dan kokurikulum akan terjejas. Diharap dana ini dapat memberi manfaat selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memperkasakan pendidikan masyarakat India di Selangor,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel