Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Kajang lupus 10,260 pasang kasut jenama tiruan


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





NILAI, 9 Okt  -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kajang, Selangor, hari ini melupuskan 10,260 pasang kasut kanak-kanak dan dewasa jenama tiruan bernilai RM103,600.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata barangan itu merupakan hasil rampasan pada 2017 di sebuah gudang simpanan di Cheras, Selangor yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Barangan rampasan yang kita lupuskan hari ini adalah dari sebuah gudang di Cheras yang merupakan gudang simpanan kasut tiruan jenama Puma dan Nike untuk dipasarkan di sekitar Kajang dan Lembah Klang.

“Kasut ini jika dijual harganya dianggarkan RM50 hingga RM100 sepasang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhamad Zikril berkata ini merupakan pelupusan kali keempat bagi KPDNHEP cawangan Kajang pada tahun ini melibatkan 40 kes keseluruhannya.

“Kes adalah dari tahun 2008 hingga 2019 yang telah menerima arahan daripada mahkamah dan pengawal perihal dagangan untuk pelupusan.

“Kesemua pelupusan ini termasuk barangan tiruan kosmetik, kasut, pakaian, barangan elektrik dan jam tangan,” katanya.

Menurut Muhamad Zikril barangan tiruan itu akan berada di pasaran selagi terdapatnya permintaan yang tinggi, justeru pihaknya akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dalam usaha mengekang kegiatan itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel