Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ewon terkilan projek KPLB di Sabah tidak capai sasaran


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





KENINGAU, 9 Okt  -- Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick terkilan kerana banyak projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di negeri ini tidak menepati sasaran.

Beliau berkata masalah itu dikesan berpunca daripada tiada penyelarasan di antara agensi pelaksana bersama pejabat daerah terlibat menyebab projek yang dilaksanakan ibarat ‘melepaskan batuk di tangga’.

“...bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi mewujudkan masalah baharu yang kita (kerajaan negeri) perlu jawab kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah Nabawan di sini, semalam.

Seramai 134 peserta menghadiri kursus yang dikendalikan KPLB Sabah yang bermula pada Sabtu lepas dan berakhir hari ini.

Ewon berkata beliau turut kesal kerana jawatankuasa bersama antara KPLB di peringkat persekutuan dan negeri Sabah tidak pernah diaktifkan walupun telah sering dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan negeri.

Beliau berkata Jawatankuasa Fokus Daerah telah pun ditubuhkan di peringkat daerah namun tidak pernah dirujuk untuk membincangkan setiap perlaksanaan projek khususnya yang melibatkan peruntukan kerajaan persekutuan.

Katanya sebagai contoh perlaksanaan program baik pulih rumah yang dilaksanakan oleh Pusat Giat Mara, perkara ini sudah terlalu banyak kali dibincang melalui mesyuarat kabinet negeri.

“Kita telah banyak kali untuk menyampaikan perhatian kepada mereka, kerisauan kita mengenai budaya agensi-agensi kerajaan persekutuan berhubung pelaksanaan setiap projek perlu melibatkan Pejabat Daerah,”

“Kita tidak mahu perlaksanaan projek tanpa melalui Pejabat Daerah, ini bertujuan untuk memastikan projek itu menepati sasaran,” katanya.

Ewon yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian berkata sebagai contoh pembinaan jambatan gantung Kampung Kamansi Bingkor dekat sini yang dilaksanakan bukan di lokasi yang sepatutnya.

“Jambatan itu sepatutnya merentangi kawasan Sungai Bayayo tetapi dibina di tempat yang tidak mempunyai sungai,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel